Program Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam

Cawangan Komunikasi Korporat (CKK) merupakan cawangan yang dipertanggungjawab bagi mengurus dan mengendali tugasan berkaitan pengurusan acara dan majlis-majlis, perhubungan awam, penerbitan, kemudahan dan taklimat semasa lawatan, menguruskan aduan dan khidmat pelanggan.

Sepanjang tahun 2016, Cawangan Komunikasi Korporat (CKK) telah menyelaras dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

A. PENGURUSAN ACARA
Setiap tahun cawangan ini akanmengendali dan menyelaras setiap acara yang dijalankan oleh MADA dapat dilangsungkan dengan lancar dan memuaskan. Cawangan ini akan menyediakan peralatan dan kelengkapan majlis, kemudahan alatan siaraya, penggambaran dan susunatur majlis. Pada tahun 2016 Cawangan Komunikasi Korporat telah menguruskan 130 acara melibatkan orang kenamaan seperti taklimat, majlis keraian, perasmian dan pameran.

B. PENERBITAN DAN CETAKAN
Pada tahun 2016, cawangan ini telah mengeluar dan mengedarkan sebanyak dua kali risalah dan jaduan tanaman padi kepada setiap peladang yang mengerjakan sawah di kawasan Muda. Selain itu, cawangan ini turut menerbitkan buku seperti Buku Harian Rasmi MADA, Laporan Tahunan MADA, Info MADA, Cetakan PosterPoster dan Risalah Pameran, Risalah-Risalah Rujukan, Cetakan Kad-Kad Jemputan, Buku-Buku Program, Buletin Maju Muda, Kertas Kerja, Kad Pekerja Mada dan Pelekat Kenderaan.

C. MENERIMA LAWATAN LUAR
Pihak MADA sering menerima lawatan tahunan daripada pihak luar bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bidang tanaman padi. MADA sering dijadikan destinasi rombongan pelawat sama ada daripada dalam negara mahupun luar negara. Bagi tahun 2014, MADA telah menerima sebanyak 1 kali kunjungan daripada pelawat luar negara, 9 kali dari agensi Kerajaan dan 3 kali dari pelajar, swasta dan orang awam. Anggaran bilangan pelawat adalah kira-kira 1000 orang.

D. PENGURUSAN MEDIA
MADA telah menggunakan beberapa saluran media untuk menyampaikan maklumat dan info terkini mengenai MADA. Di antara media yang digunakan ialah melalui media cetak (surat khabar tempatan dan nasional), media elektronik (Radio Alor Setar dan beberapa slot dalam saluran TV) dan media siber (Laman Web MADA, EMail, E-Aduan, Facebook, MADATV dan Twitter).

E. PENGURUSAN ADUAN
MADA sentiasa memastikan setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat, cepat dan berksesan kepada seluruh masyarakat umum. Dalam hal ini, Cawangan Komunikasi Korporat dipertanggungjawab untuk menguruskan pemantauan isu-isu pertanian, menyelaras dan menjawab aduan yang diterima, mengemaskini laman sosial, mengadakan siding akhbar, penyediaan press kit, penyediaan teks ucapan dan menyelaras program bersama rakan media. Pada tahun 2016, sebanyak 62 aduan telah diterima daripada peladang dan masyarakat umum. Aduan diterima dari berbagai saluran seperti surat, telefon, laman web, e-aduan, Persatuan Pengguna, Biro Pengaduan Awam, akhbar, siaran televisyen dan perjumpaan bersemuka. Setiap aduan disahkan terimaan dan dijawab dalam tempoh yang ditetapkan.

Daftar ahli
Gambar Ahli

Keahlian MASPRO

Borang Pendaftaran Ahli Baru

Baca lagi
Fungsi MASPRO bukan hanya mengumpul data
Maklumat Rasmi
16/03/2021
Baca lagi
Varieti Padi Baru
Maklumat Rasmi
14/03/2021
Baca lagi
Program Pembangunan Industri Padi
Maklumat Rasmi
14/01/2021
Baca lagi
Program Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam
Maklumat Rasmi
13/01/2021
Baca lagi
Statistik Keluasan Tanaman Padi
Maklumat Rasmi
02/01/2021
Baca lagi
User Training MASPRO
Maklumat Rasmi
02/01/2020